PERATURAN PERMAINAN KEJAR-KEJAR
- sekurang-kurangnya 4 pemain dikehendaki bagi bermain permainan ini.
- permainan dimulakan dengan seorang pengejar manakala pemain lain akan dikejar
- si pengejar akan ditentukan melalui undian.
- si pengejar akan memberi masa selama 5 saat kepada pemain lain untuk lari.
- si pengejar akan mengejar pemain lain bagi bertukar watak si pengejar.
- pemain lain yang dikejar akan ditepuk dan sekiranya mereka sempat duduk sebelum mereka ditepuk, mereka dikira selamat.
- pemain yang ditepuk tetapi tidak sempat untuk duduk akan bertukar menjadi pengejar pula.
- tiada pemenang dalam permainan ini.
- permainan hanya akan ditamatkan sekiranya sudah maghrib ataupun pemain-pemain terlalu letih.
PENGALAMAN PEMBLOGGER
game ni pon pemblogger rajin main time kat sekolah agama.. time waktu rehat jugak.. tapi kalo main kat sekolah agama ni memang mencabar sikit.. sebab di samping kene lari daripada orang yang mengejar.. pemblogger jugak kena pandai mengelak daripada terpijak tahi ayam candu.. semua gara-gara makcik yang duduk sebelah sekolah agama pemblogger bela ayam.. tapi.. selincah-lincah pemblogger ni pon..tak lari jugak la daripada terhidu tahi ayam ni..
~lari sekuat hati atau kau yang jadi~
No comments:
Post a Comment