Monday, 10 November 2014

Yang Dicubit Sakit


PERATURAN PERMAINAN CUBIT BERANTAI

  • menangkap sebanyak mana peserta yang dapat.
  • sesiapa yang dicuit perlu masuk barisan.
  • ahli dalam barisan boleh mencubit seberapa banyak kali asalkan barisan tidak terputus.

SENARAI KEPERLUAN
  • kawasan yang lapang
  • peserta lebih daripada 3 orang

CARA BERMAIN

  • 4 hingga 5 pemain berpegang tangan dalam barisan.
  • mereka akan berlari dalam barisan mengejar pemain lain.
  • hanya pemain hujung dan pangal boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan.
  • apabila salah seorang yang dikejar dicuit, ia mesti memasuki barisan.

~kalau tak cerdik, dicubit~

Ekor Ditangkap Tandanya Menang


PERATURAN PERMAINAN TANGKAP EKOR

cuba menangkap seberapa banyak ekor(sapu tangan) dan ekor sendiri tidak hilang.

SENARAI KEPERLUAN

  • sapu tangan ataupun tuala kecil
  • kawasan lapang
  • pemain-pemain yang tidak terhad bilangannya.

CARA BERMAIN


  • semua pemain ada ekor daripada sapu tangan
  • masing-masing cuba mendapatkan ekor lan dan mengumpul sebanyak mungkin.
  • sampai suatu masa wisel akan dibunyikan.
  • kira berapa banyak sapu tangan yang dikutip oleh setiap murid.
  • pengutip sapu tangan terbanyak adalah pemenang.
  • permainan boleh diulang-ulang.

~ekor digenggam, sapu tangan dijulang~

Bersorok-sorokkan


PERATURAN BERMAIN ACI SOROK

  • undian dilakukan bagi mendapatkan seorang pemain yang menjadi pencari manakala pemain lain akan dikenali sebagai awak-awak.
  • tiang atau pokok akan dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
  • pencari akan memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hingga ke-100.
  • sejurus selesai membuat kiraan, pencari akan memulakan pencariannya.
  • pencari mestilah menepuk mana-mana pemain yang dijumpainya.

PENGALAMAN PEMBLOGGER

antara permainan favourite pemblogger.. time kecik-kecik dulu pemblogger punya badan tak sebesar sekarang..so,, boleh lah nak menyelit-nyelit bila nk menyorok tu.. yang buat game ni jadi favourite pemblogger sebab selalu menang lah.. tapi..rasanya kalo main game ni sekarang..kejap je dah boleh nampak perut dari jauh..

~dah ke belom!!!! ~

Upih Berguguran Dijadikan Permainan


CARA PERMAINAN TARIK UPIH

upih mesti dimainkan sekurang-kurangnya dua orang pemain.
permainan tarik upih amatlah mudah kerana tiada sebarang peraturan yang perlu diikutkan.
upih adalah permainan yang dimainkan untuk berseronok.
cara permainannya ialah, seorang akan menarik upih manakal seorang lagi akan duduk di atas upih dan ditarik.
kebiasaanya, si penarik upih adalah lebih besar berbanding si penunggang upih.


~penarik upih tercungap-cungap, penunggang upih tergelak-gelak~

Pengejar Berpeluh, Dikejar Berpeluh


PERATURAN PERMAINAN KEJAR-KEJAR

  • sekurang-kurangnya 4 pemain dikehendaki bagi bermain permainan ini.
  • permainan dimulakan dengan seorang pengejar manakala pemain lain akan dikejar
  • si pengejar akan ditentukan melalui undian.
  • si pengejar akan memberi masa selama 5 saat kepada pemain lain untuk lari.
  • si pengejar akan mengejar pemain lain bagi bertukar watak si pengejar.
  • pemain lain yang dikejar akan ditepuk dan sekiranya mereka sempat duduk sebelum mereka ditepuk, mereka dikira selamat.
  • pemain yang ditepuk tetapi tidak sempat untuk duduk akan bertukar menjadi pengejar pula.
  • tiada pemenang dalam permainan ini.
  • permainan hanya akan ditamatkan sekiranya sudah maghrib ataupun pemain-pemain terlalu letih.

PENGALAMAN PEMBLOGGER

game ni pon pemblogger rajin main time kat sekolah agama.. time waktu rehat jugak.. tapi kalo main kat sekolah agama ni memang mencabar sikit.. sebab di samping kene lari daripada orang yang mengejar.. pemblogger jugak kena pandai mengelak daripada terpijak tahi ayam candu.. semua gara-gara makcik yang duduk sebelah sekolah agama pemblogger bela ayam.. tapi.. selincah-lincah pemblogger ni pon..tak lari jugak la daripada terhidu tahi ayam ni..

~lari sekuat hati atau kau yang jadi~

Si Raja Ceper


PERATURAN PERMAINAN JENTIK CEPER

  • sebanyak 5 keping ceper diperlukan untuk bermain permainan ini.
  • sekurang-kurangnya 2 pemain yang perlu bermain permainan ini.
  • pemain perlu menimbang ceper bagi menentukan giliran permainan.
  • pemain yang akan memulakan permainan akan memutar kelima-lima ceper ke atas lantai.
  • pihak lawan akan mengunci satu ceper yang pemain tidak boleh ambil.
  • setelah mengambil satu ceper yang tidak dikunci, pihak lawan akan mengarah pemain untuk menjentik satu ceper ke ceper yang lain.
  • sekiranya pemain dapat menjentik ceper tersebut mengikut kehendak pihak lawan tanpa terkena ceper yang lain mahupun tidak mengenai sasaran, pemain kemudiannya perlu menimbang semula ceper bagi mendapatkan markah.
  • langkah ini akan diulang sehingga pemain tidak berjaya dalam mana-mana cubaan.
  • sekiranya pemain gagal dalam mana-mana cubaan, pihak lawan akan mendapat gilirannya untuk bermain.
  • mata tertinggi yang dikutip ketika menimbang ceper akan dikira pemenang.
PENGALAMAN PEMBLOGGER

tak banyak sangat pengalaman pelik walau boleh kata rajin jugak dok main natang ceper ni.. paling kuat pon beratur kat kantin je laa nak mintak kat makcik kantin ceper sampai makcik kantin tu boleh jual 2 sepuloh sen la..

~ ceper dikutip, ceper dijentik ~

Selipar Bukan Hanya Di Kaki


PERATURAN TUJU SELIPAR

  • terdapat dua kumpulan. 1 kumpulan melontar, 1 kumpulan menyerang
  • setiap kumpulan memiliki sekurang-kurangnya 5 ahli.
  • kumpulan akan diundi sama ada menjadi penyerang atau pelontar.
  • separuh masa pertama selama 10 minit. separuh masa kedua juga selama 10 minit. 5 minit untuk rehat.
  • setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat 3 kali percubaan. sekiranya lontaran yang dibuat dapat ditangkap oleh penyerang sebelum selipar jatuh ke tanah secara automatik semua pelontar mati.
  • apabila selipar yang disusun jatuh. pihak pelontar akan sedaya-upaya menyusun semula selipar tersebut.
  • apabila pihak penyerang membaling selipar ke arah pelontar lalu terkena selipar, secara automatik pelontar tersebut dikira mati.
  • pelontar yang berjaya menyusun semula selipar akan mendapat 1 mata.
  • pelontar yang mati tidak dibenarkan bermain lagi. sehingga semua ahli pelontar mati dan giliran akan bertukar.
  • separuh masa kedua penyerang semasa separuh masa pertama akan menjadi pelontar.
PENGALAMAN PEMBLOGGER

dulu pemblogger rajin main permainan ni pada waktu petang.. selalu main pon kalau kat kampung lah sebab kawasan halaman rumah kat kampung luas sikit.. tapi lama dah la tak main..kes dia,, time main tu ada budak perempuan nk join sekali.. main punya main..sekali selipar hinggap kat muka budak tu.. elok pulak bapak dia nmpak.. esok2 game ni teros jadi haram..



~ selipar dikaki boleh dijadikan penyeri melalui kreativiti diri~

Batu Sang Peneman Petang


PERATURAN BERMAIN BATU SEREMBAN

Pemain akan mula menimbang batu-batu setelah meyelesaikan setiap peringkat. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan mata bagi setiap pemain. Terdapat dua kaedah dalam menimbang buah diperingkat ini. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang diitmbang itu disambut dengan cara mencamgkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. pemain juga boleh meneruskan permainan semula dari buah satu sehingga tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperoleh mata.

PERATURAN PERMAINAN

permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika:
  • pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung
  • Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain atau buah-buah yang terhimpit bergerak
  • Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan
  • Melakukan perkara yang di luar permainan, pemain akan dibuang gelanggang. Pemain tidak dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan.
PENGALAMAN PEMBLOGGER

batu seremban lebih popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan..tapi...pemblogger tak kisah semua tuu. asal nama je main..semua pemblogger try.. dan pemblogger boleh dikira "boleh main" walau selalu kalah..



~batu dilambung, permainan disambung~

Permainan Kecil Si Pemblogger


ASAL-USUL

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kaknak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenos guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

GELANGGANGNYA

Satu bualatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm lebar dan sedalam 7sm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk.Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini dalah sebagai penanda mula tempat permainan.

CARA BERMAIN

Untuk memulakan permainan, setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain pertama yang memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli yang lain.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena, ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemian akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjentik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah ialah, pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedu adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

PENGALAMAN PEMBLOGGER

semasa pemblogger masih berumur dalam lingkunagn 10-12 tahun, permainan tuju guli adalah antara permainan yang amat disukai. pemblogger sering bermain permainan ini ketika berada di sekolah agama rakyat. pemblogger bermain permainan ini semasa waktu rehat....... bila masuk kelas muka berlengas sebab main tengah panas..



~kanak-kanak sekarang lebih gemar mengahbiskan masa dihadapan gadget2 mewah yang diberikan ibu bapa berbanding menghabiskan masa yang menyeronokkan di bawah mentari bersama rakan-rakan~